stalker -___-

Wednesday, June 27, 2012

Ego dan Rindu

Entah kenape..aku rindu sangat dengan seseorang yang penah aku kenal dulu...orang yang tak penah pentingkan ego die untuk mengerti masalah temannye.. )= aku rindu sangat....

Monday, June 25, 2012

debar

hati aku bedebar macam aku petame kali jumpe kau..hmm...rindu kau sangat..

Sunday, June 24, 2012

Friday, June 22, 2012

pesan dalam pesan

rupenye mimpi aku menerima pesanan ringkas tu malam ni baru aku tau ape isinye dengan jelas...pade mulenye aku cume mampu membaca pesanan itu dalam mimpi berbunyi begini " abang saye sayangkan abang..dalam masa sama sayang benci abang..tapi saye tak mampu benci abang sebab saye rindu" dan pesanan yang aku terima dalam dunia nyataku berbunyi begini "Assalamualaikum abang, saye tinggalkan abang untuk buat abang rindu kat saye dan saye boleh rindukan abang. Maaf yer sebab siksa abang." hampir sama niat mimpi itu memberitahu bahawa aku bakal diduga...sesungguhnya pesan yang dibawa dalam mimpi itu sangat berbunga kerana aku sendiri sukar mentafsirnya sehingglah malam ini aku tahu apa erti sebenar pesanan itu...Allah maha mengetahui setiap ape yang dirancang hambanya...masyaAllah..

Thursday, June 21, 2012

Insan Terbaik Pernah Aku Kenal

 Insan ini namenye Nur Zameera binti Zamrose..dialah teman aku jatuh bangun..dialah teman suke duke aku..dielah teman yang banyak menyedarkan aku..dialah insan istimewa anugrah terindah tuhan buat diri aku...dan dialah teman jiwaku..yang mana tanpa dia matilah hati ini...terlalu banyak jase insan ini buat aku..sehingga aku merasakan aku ini rendah darjatnya dari dia...dia segalanya....terima kasih teman...kaulah tiada lain yang membawa aku kembali ke jalan -Nya.

Al-Quran

Salam semua.. ape yang aku kongsikan ni mungkin dapat menenangkan jiwe kite..smalam aku ajar ngaji ganti tempat mak aku...alhamdulillah yang diajar tu walaupun agak kaku..tapi sikit2 dapat jugak ape yang aku ajar..rupanya mengajar al-Quran ni dapat hilangkan masalah hati kadang2..tibe2 hati aku yang gelisah entah knape tenang buat seketika...mungkin pasal al-Quran tu sendiri sudah sememangnya dapat menghilangkan tekanan...besarnya kuasa Allah kan..:)

Tuesday, June 19, 2012

Kahwin

usia awal 20an merupakan waktu paling sesuai untuk berkahwin jika mampu.
Ini kerana umur lelaki mempunyai kaitan dengan kualiti zuriat.                                                                         



Mengapa perlu kahwin awal..jawapan aku senang saje..umur kite tak tahu sampai bila, gunalah usia muda ini sebaiknye..sampai bila aku harus bersendiri dan dilenakan dengan kemahuan yang memang pada dasarnya ketika bujang lah nak dapat kan? Tapi pada aku..aku mahukan kasih sayang seorang isteri selama mungkin..aku mahukan lebih dari 30 tahun usia perkahwinan itupun kalau sempat usia ni...kerana pada aku 30 tahun itu terlalu singkat...seakan hanya seketika sahaja bersama isteri..hmm..semoga Allah murahkan rezeki ku dan cepatkanlah jodohku dengan org yg aku sayang..sesungguhnya hambamu ini berniat baek..Ya Allah..hanya padamu aku memohon..By Muhammad Afif Samsuddin.

aku idamkan keluarga yang beriman kepada Mu dan kasih dan sayang seorang isteri hingga ke akhir hayatku.

Friday, June 15, 2012

Does Love Need A Reason??


Benarkah untuk menyintai seseorang tu kita perlukan alasan? 
Yup! Semua org, korang, aku dan orang len if nak nyatakan rasa cinta kita kat pasangan memasing kebiasaannya kita akan cuba buat dalam pelbagai cara. Macam- macam cara, tak cukup dengan kad, dengan bunga, dengan surat, dengan sms, dengan apa lagi? Macam macam, kan?
Tapi, dalam asyik mahsyuk tu, mungkin korang atau kapel korang pernah bertanya soalan nih;
"Leh i tau tak, kenapa you sukakan i, sayangkan i dan cintakan i?"
Agak-agaknya la, apa jawapan korang ekkk?
Jawapan tu kompom banyak dan macam macam bunyinya, kan?
mungkin;
"I cintakan you sebab u memahami jiwa i, u buat i rasa tenang...."
"I cintakan you kerana u bijak dan matang..blablabla"
"I cintakan u kerana u independent, leh berdikari...blablabla"
In short, macam maaacam ada. So, jom kita berkongsi sebuah kisah yang mungkin boleh kita renung renung dan fikir fikirkan. Mebi cerita tu dapat bagi 'sumting' untuk kehidupan kita semua.
****
Di suatu pagi Ahad, di pinggir Tasik Titiwangsa, sepasang suami isteri yang baru pas kawin, sedang berehat selepas jogging. Terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah memasing dengan diselangi tawa kecil dan usikan manja kat satu sama lain. Mereka berborak dengan mesra sekali.
SUAMIMengapa cayang cintakan abg? Apa la yang ada kat abg ni sampai cayang suuuuuka sangat kat abg dan sudi kawin dengan abg?
ISTERIAbang... cayang takleh aaa nak terangkan sebabnya, for sure cayang memang menyayangi dan menyintai abg sepenuh hati!
SUAMIermmm...cayang tatau nak terangkan sebabnya ke? Camne la cyg leh sayangkan dan cintakan abg tapi cyg sendiri tatau nak explain camne.
ISTERINtah la bang. Tapi, betul! cyg tatau la sebabnya, tatau nak terangkan camne. Tapi cyg leh buktikan yang cyg memang cintakan abg.
SUAMIhmmm..abg takmo bukti, abg nak tahu sebab napa cyg cintakan abg. tapi cyg plak tak tau nak terangkan sebabnya...(dalam nada merajuk!)
Si isteri ni menarik nafas panjang bila tengok suami dah ngade camtu sambil berkata;
ISTERIok..ok! cyg cintakan abg sebab abg hensem, abg ni penyayang, romantik sebab salu nyanyikan love song kat cyg dan selalu ingat kat cyg. Cyg juga suka sgt tengok senyum manis abg tu dan every step yg abg melangkah kat situlah cinta cyg bersama abg.
Si suami tersenyum puas dgn jawapan cayang dia tu.
Ditakdirkan tuhan, tak lama lepas tu si suami ni terlibat dalam eksiden dan koma kat HUKM. Si isteri dia merasa sedih yang amat sangat. Ditulisnya sekeping surat lalu diletakkan di sebelah katil suami dia tu.
Antara isi -isi surat tersebut berbunyi begini;
Dear abg yang dikasihi,
Jika cyg cintakan abg disebabkan lunak dan merdunya suara abg, sekarang bolehkah abg berbicara? Tidak! So cyg dah takleh nak mencintai abg.
Jika disebabkan oleh kasih sayang dan ingatan abg kat cyg, boleh ke abg tunjukkan semua tu sekarang ni? Tidak! Oleh itu cyg tak boleh nak menyintai abg lagi.
Kalau disebabkan senyuman manis abg tu cyg menyintai abg, sekarang ni boleh ke abg tersenyum? Tidak! So, alasan untuk cyg cintakan abg tu dah takde.
Kalau disebabkan setiap langkah abg cayang menyintai abg, boleh ke abg melangkah sekarang? Tidak!
Abang,
Jika cinta cyg terhadap abg perlukan alasan macam sekarang ni. Maka cyg dah takde alasan untuk cintakan abg lagi. Kan abg? Sebab semua yang buat cyg cintakan abg dah tak wujud.
Betulkah cinta itu perlukan alasan abg?
Tidak pada cyg! Cyg masih menyintai abg dengan sepenuh hati, dulu, kini dan selamanya sebab cyg tidak perlukan alasan untuk menyintai abg, lelaki yang sentiasa di hati cyg.
Ikhlas,
Isteri mu
*****
Tapi pade aku..Allah je tau knape aku cinte kan die...:) prasaan tu anugrah Tuhan..
So, what say u?

Credit To Aie...

Life

    TO ACCOMPLISH
GREAT THING
WE MUST NOT ONLY ACT, BUT ALSO
DREAM
NOT ONLY PLAN, BUT ALSO
BELIEVE
      

Dalam perhubungan bende ni pun perlu kan:) Thanks to Aie inspired me..mane la ko dapat ni Aie..