stalker -___-

Friday, June 15, 2012

Does Love Need A Reason??


Benarkah untuk menyintai seseorang tu kita perlukan alasan? 
Yup! Semua org, korang, aku dan orang len if nak nyatakan rasa cinta kita kat pasangan memasing kebiasaannya kita akan cuba buat dalam pelbagai cara. Macam- macam cara, tak cukup dengan kad, dengan bunga, dengan surat, dengan sms, dengan apa lagi? Macam macam, kan?
Tapi, dalam asyik mahsyuk tu, mungkin korang atau kapel korang pernah bertanya soalan nih;
"Leh i tau tak, kenapa you sukakan i, sayangkan i dan cintakan i?"
Agak-agaknya la, apa jawapan korang ekkk?
Jawapan tu kompom banyak dan macam macam bunyinya, kan?
mungkin;
"I cintakan you sebab u memahami jiwa i, u buat i rasa tenang...."
"I cintakan you kerana u bijak dan matang..blablabla"
"I cintakan u kerana u independent, leh berdikari...blablabla"
In short, macam maaacam ada. So, jom kita berkongsi sebuah kisah yang mungkin boleh kita renung renung dan fikir fikirkan. Mebi cerita tu dapat bagi 'sumting' untuk kehidupan kita semua.
****
Di suatu pagi Ahad, di pinggir Tasik Titiwangsa, sepasang suami isteri yang baru pas kawin, sedang berehat selepas jogging. Terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah memasing dengan diselangi tawa kecil dan usikan manja kat satu sama lain. Mereka berborak dengan mesra sekali.
SUAMIMengapa cayang cintakan abg? Apa la yang ada kat abg ni sampai cayang suuuuuka sangat kat abg dan sudi kawin dengan abg?
ISTERIAbang... cayang takleh aaa nak terangkan sebabnya, for sure cayang memang menyayangi dan menyintai abg sepenuh hati!
SUAMIermmm...cayang tatau nak terangkan sebabnya ke? Camne la cyg leh sayangkan dan cintakan abg tapi cyg sendiri tatau nak explain camne.
ISTERINtah la bang. Tapi, betul! cyg tatau la sebabnya, tatau nak terangkan camne. Tapi cyg leh buktikan yang cyg memang cintakan abg.
SUAMIhmmm..abg takmo bukti, abg nak tahu sebab napa cyg cintakan abg. tapi cyg plak tak tau nak terangkan sebabnya...(dalam nada merajuk!)
Si isteri ni menarik nafas panjang bila tengok suami dah ngade camtu sambil berkata;
ISTERIok..ok! cyg cintakan abg sebab abg hensem, abg ni penyayang, romantik sebab salu nyanyikan love song kat cyg dan selalu ingat kat cyg. Cyg juga suka sgt tengok senyum manis abg tu dan every step yg abg melangkah kat situlah cinta cyg bersama abg.
Si suami tersenyum puas dgn jawapan cayang dia tu.
Ditakdirkan tuhan, tak lama lepas tu si suami ni terlibat dalam eksiden dan koma kat HUKM. Si isteri dia merasa sedih yang amat sangat. Ditulisnya sekeping surat lalu diletakkan di sebelah katil suami dia tu.
Antara isi -isi surat tersebut berbunyi begini;
Dear abg yang dikasihi,
Jika cyg cintakan abg disebabkan lunak dan merdunya suara abg, sekarang bolehkah abg berbicara? Tidak! So cyg dah takleh nak mencintai abg.
Jika disebabkan oleh kasih sayang dan ingatan abg kat cyg, boleh ke abg tunjukkan semua tu sekarang ni? Tidak! Oleh itu cyg tak boleh nak menyintai abg lagi.
Kalau disebabkan senyuman manis abg tu cyg menyintai abg, sekarang ni boleh ke abg tersenyum? Tidak! So, alasan untuk cyg cintakan abg tu dah takde.
Kalau disebabkan setiap langkah abg cayang menyintai abg, boleh ke abg melangkah sekarang? Tidak!
Abang,
Jika cinta cyg terhadap abg perlukan alasan macam sekarang ni. Maka cyg dah takde alasan untuk cintakan abg lagi. Kan abg? Sebab semua yang buat cyg cintakan abg dah tak wujud.
Betulkah cinta itu perlukan alasan abg?
Tidak pada cyg! Cyg masih menyintai abg dengan sepenuh hati, dulu, kini dan selamanya sebab cyg tidak perlukan alasan untuk menyintai abg, lelaki yang sentiasa di hati cyg.
Ikhlas,
Isteri mu
*****
Tapi pade aku..Allah je tau knape aku cinte kan die...:) prasaan tu anugrah Tuhan..
So, what say u?

Credit To Aie...

No comments:

Post a Comment